Showing posts with label unit trust. Show all posts
Showing posts with label unit trust. Show all posts

Thursday, 24 November 2011

Unit trust VS Emas




  Hari ini saya ingin bercakap tentang unit trust dan emas.Unit trust bagi saya ialah touchy subject kerana ada ramai yang bersumpah tentang kebaikan unit trust berbanding semua pelaburan lain. Tapi sebelum kita pergi lebih dalam, saya ingin terangkan dengan ringkas apa itu unit trust.

       Unit trust ialah nama lain untuk pelaburan kolektif di mana organisasi akan mengambil pelaburan anda  dan melaburkannya untuk anda. Anda dan organisasi tersebut tertakluk kepada perjanjian yaang dibuat.Setiap unit trust mempunyai objektif pelaburan masing-masing.Ada yang melabur dalam teknologi hijau. Ada yang melaburdalam perlancongan dan ada yang melabur dalam perlombongan.