Tuesday 1 May 2012

Pelabur emas berputih mata.

MARAH...beberapa mangsa pelaburan emas menunjukkan laporan polis yang dibuat.
MARAH...beberapa mangsa pelaburan emas menunjukkan laporan polis yang dibuat.
 
Seringkali saya nasihatkan kepada kawan-kawan yang ingin membuat pelaburan tidak kira apa jenis pelaburan.kita mesti membuat kaji selidik dahulu sebelum menyertainya.Bagi saya perkara sebegini boleh dielakkan,kerana dari segi logiknya,tiada pn jenis pelaburan yang menjanjikan pulangan yang tinggi dalam masa singkat.Kalau ada pun,syarikat tersebut tidak akan bertahan lama,samaada tokey syarikat yang cabut,atau diserbu pihak berkuasa.
  Atas sebab itulah saya memilih Public Gold,kerana kita beli emas,dapat pun emas la,bukan dapat sijil atau lebih teruk dapat 'janji' je.Memang dengan Public Gold pulangannya sikit,komisen pun cikit..tetapi ianya sah disisi undang-undang.Tetapi kalau kita kuat usaha,tidak mudah putus asa.kita mampu buat duit dengan PUBLIC GOLD.
 
Kat bawah nie,ada laporan tentang pelabur emas...bacalah.


IPOH: Ribuan mangsa penipuan pelaburan emas ‘mengamuk’ apabila tarikh akhir pembayaran semula wang pelaburan yang dijanjikan semalam, didapati satu lagi sandiwara pihak syarikat pelaburan terbabit sejak lebih setahun lalu.
Kebanyakan mangsa yang meminjam daripada ceti haram (along) dan kemudian melaburkannya semula bersama wang simpanan dalam skim pelaburan menawarkan pulangan dividen 36 peratus setahun itu, berang apabila syarikat terbabit melarikan diri selepas gagal melunaskan bayaran dijanjikan.

Kebanyakan mangsa mendakwa dipermainkan kerana syarikat skim pelaburan emas yang berpangkalan di bandar raya ini, gagal membayar semula ganti rugi pelaburan kira-kira RM411.19 juta daripada 6,740 pelabur seluruh negara.
Ratusan pelabur yang menunggu di hadapan ibu pejabat syarikat pelaburan itu di Jalan Sultan Yusof, di sini, kecewa apabila operasi syarikat itu ditutup dan pengarahnya menghilangkan diri.