Antara soalan-soalan cepu emas yang saya selalu terima melalui emel ialah:
“Saya berminat nak membeli emas, tapi sekarang modal tak der lagi.
Cammana kalau saya buat loan bank? ok ke?
Jawapannya ada di bawah artikel ini...
Cammana kalau saya buat loan bank? ok ke?
Jawapannya ada di bawah artikel ini...
Untuk orang yang nak buat pinjaman bank, ini jer petuanya…
Pinjaman yang baik ialah pinjaman yang menyebabkan anda menjadi bertambah kaya
Pinjaman yang buruk ialah pinjaman yang menyebabkan anda bertambah miskin.
Pinjaman yang buruk ialah pinjaman yang menyebabkan anda bertambah miskin.
Mudah kan?
Sebelum anda buat pinjaman bank, cuba buat kira-kira sikit, tanya diri sendiri.
“Adakah aku akan bertambah kaya dengan loan nie? Atau bertambah beban nak bayar installment bulanan?”
“Adakah aku akan bertambah kaya dengan loan nie? Atau bertambah beban nak bayar installment bulanan?”
Selepas itu baru anda akan sedar bahawa pinjaman ini baik untuk kesihatan kewangan anda atau sebaliknya.
Ok, berbalik pada cerita buat pinjaman untuk membeli emas. Di sini adalah analisis saya berdasarkan data yang sebenar..
Pada April 2009 jika anda buat personal loan Bank Rakyat sebanyak RM10,000 selama 5 tahun maka anda perlu bayar RM227 sebulan bermula Jun 2009 sampai April 2014.
Katakan anda membeli 100gram emas dengan harga RM10777.00 pada april 2009,anda hanya perlu tambah sedikit sahaja RM777.( Rajah diatas )
Dan harga pada hari ini sahaja Jan 2012 harga untuk 100gram tadi ialah RM18916.Bermakna anda telah untung 81% iaitu sebanyak RM8139 dalam tempoh hampir 3 tahun sahaja.
Anda boleh menjual emas tersebut dan membayar kesemua pinjaman anda tadi tanpa perlu menunggu tahun 2014.
Anda juga perlu ingat dalam tempoh 3 tahun tadi anda juga telah membayar sebanyak RM8172..ini bermakna anda akan dapat sebanyak RM9967. Untung kenaikan harga emas + lebihan pinjaman = RM9967.
Anda nampak apa yang saya jelaskan tadi..kesimpulannya memang ada untung dan anda tidak perlu berasa rugi jika membuat pinjaman untuk membeli emas,kerana ianya adalah aset yang ada nilai tambah.
Cuba anda perhatikan..kita tidak akan berasa rugi jika membuat pinjaman untuk membeli handphone,laptop,motorsikal atau kereta,padahal benda tadi akan menjadi susut nilai..tapi disebabkan kehendak manusia ianya tidak berasa rugi…tetapi jika kita hendak membuat pinjaman untuk sesuatu yang ada nilai tambah seperti emas,kita berasa sangat bimbang dan kadang-kala terasa rugi juga…padahal ianya membawa kebaikan dan menjamin kewangan anda dan semua orang tahu yang harga emas semakin hari semakin tinggi harganya.
Sekadar renungan..
Kesimpulannya lagi…
Saya dapat simpulkan bahawa pinjaman bank yang digunakan untuk membeli emas mampu memberikan pulangan yang menarik. So, betullah orang tua-tua cakap. Beli emas nie tak rugi…
Ok, apa tunggu lagi… buat loan bank dan beli emas
Jangan pinjam along dah ler…
Cebisan dari artikel www.jutawanemas.com.
Jangan pinjam along dah ler…
Cebisan dari artikel www.jutawanemas.com.