Thursday 9 February 2012

Harga emas,minyak naik tahun ini..

Cerita menarik hari ini....Harga emas dan minyak dijangka naik tahun ini ekoran sentimen positif bagi kedua-dua komoditi itu dalam kelembapan ekonomi global.

Ketua Pakar Strategi Pelaburan Pengurusan Kekayaan kumpulan Perbankan Pelanggan Standard Chartered Bank, Steve Brice, berkata, harga emas dijangka mencecah purata AS$1,975 seauns (RM5.93290) pada suku keempat, disebabkan oleh empat faktor.


Kepada sesiapa yang belum membeli emas untuk pelaburan dan simpanan,bertindaklah segera,jangan tunggu harga dah naik..untuk berita selanjutnya,sila baca kat bawah...





Harga emas, minyak naik tahun ini
Wartawan Sinar Harian
9 Februari 2012
Harga emas dan minyak dijangka naik tahun ini ekoran sentimen positif bagi kedua-dua komoditi itu dalam kelembapan ekonomi global.

Ketua Pakar Strategi Pelaburan Pengurusan Kekayaan kumpulan Perbankan Pelanggan Standard Chartered Bank, Steve Brice, berkata, harga emas dijangka mencecah purata AS$1,975 seauns (RM5.93290) pada suku keempat, disebabkan oleh empat faktor.

“Faktor-faktor itu termasuk tahap hutang yang tinggi di Barat; kadar faedah sebenar yang negatif; permintaan tinggi dari China dan India serta bank-bank pusat; dan bekalan terhad logam berharga itu,” katanya.

Menurutnya, keadaan tidak menentu ekonomi global yang berterusan telah merangsang minat pembeli terhadap emas sebagai alternatif perlindungan nilai berbanding pelaburan yang lebih berisiko.

Beliau berkata, harga minyak dijangka meningkat kepada AS$100 (RM300) setong dalam tempoh enam bulan kedua tahun ini ekoran risiko geopolitik di Timur Tengah dan permintaan kukuh pasaran-pasaran baru muncul, terutama China.

“Kami tidak menjangkakan sebarang penurunan harga minyak tahun ini,” katanya.

http://www.sinarharian.com.my/bisnes/harga-emas-minyak-naik-tahun-ini-1.22811

Monday 6 February 2012

Labur emas ikut syariah..

Hari nie saya nak kongsikan satu artikel..saya rasa artikel nie amat penting untuk mereka yang tidak yang baru ingin menceburi pelaburan emas...ok untuk tidak melengahkan masa mari sama-sama kita baca artikel kat bawah nie..


EMAS pada sepanjang zaman dianggap sebagai simbol kekayaan, kemasyhuran dan kecantikan. Dalam sejarah ekonomi Islam, emas merupakan mata wang dan aset simpanan yang baik.

Teks al-Quran dan hadis banyak menjelaskan kepentingan emas dalam kehidupan manusia. Emas dirujuk sebagai mata wang dinar dalam firman-Nya: Dan di antara ahli-ahli kitab, ada orang yang kalau engkau amanahkan dia menyimpan sejumlah besar harta sekalipun, dia akan mengembalikannya (dengan sempurna) kepada kamu dan ada pula di antara mereka, yang kalau engkau amanahkan menyimpan hanya satu dinar sahaja pun, dia tidak akan mengembalikannya kepada kamu, kecuali kalau kamu selalu menuntutnya. (ali-’Imran: 75)

Selain digambarkan sebagai harta kekayaan dalam surah ali-’Imran: 14 dan 91, al-Nisa’: 20, al-Taubah: 34, al-Zukhruf:33-35, al-Quran juga mendedahkan emas akan kekal sebagai barang berharga sehingga hari akhirat seperti dalam surah al-Israk: 93, al-Kahfi: 31, al-Hajj: 23, al-Faathir:33, al-Zukhruf: 53, al-Zukhruf: 71 dan al-Insan: 21.

Selain dijadikan barang kemas, emas juga menyimpan kekayaan yang paling unggul. Ini kerana ia tidak boleh dibinasakan dan tidak hilang nilainya. Malah, nilainya sentiasa meningkat dalam jangka masa panjang.

Ini dibuktikan dengan kenaikan harga emas daripada RM1,740.65/per aun kepada RM5,890.93/per aun, iaitu kenaikan sebanyak 238 peratus harga emas dalam tempoh lima tahun (2006 hingga 2011) atau secara purata kenaikan setahun adalah 48 peratus.

Kebenaran emas sebagai penyimpan nilai yang stabil boleh disaksikan melalui nilainya yang hampir sama sejak zaman Rasulullah SAW hingga sekarang.