Tuesday 1 May 2012

Pelabur emas berputih mata.

MARAH...beberapa mangsa pelaburan emas menunjukkan laporan polis yang dibuat.
MARAH...beberapa mangsa pelaburan emas menunjukkan laporan polis yang dibuat.
 
Seringkali saya nasihatkan kepada kawan-kawan yang ingin membuat pelaburan tidak kira apa jenis pelaburan.kita mesti membuat kaji selidik dahulu sebelum menyertainya.Bagi saya perkara sebegini boleh dielakkan,kerana dari segi logiknya,tiada pn jenis pelaburan yang menjanjikan pulangan yang tinggi dalam masa singkat.Kalau ada pun,syarikat tersebut tidak akan bertahan lama,samaada tokey syarikat yang cabut,atau diserbu pihak berkuasa.
  Atas sebab itulah saya memilih Public Gold,kerana kita beli emas,dapat pun emas la,bukan dapat sijil atau lebih teruk dapat 'janji' je.Memang dengan Public Gold pulangannya sikit,komisen pun cikit..tetapi ianya sah disisi undang-undang.Tetapi kalau kita kuat usaha,tidak mudah putus asa.kita mampu buat duit dengan PUBLIC GOLD.
 
Kat bawah nie,ada laporan tentang pelabur emas...bacalah.


IPOH: Ribuan mangsa penipuan pelaburan emas ‘mengamuk’ apabila tarikh akhir pembayaran semula wang pelaburan yang dijanjikan semalam, didapati satu lagi sandiwara pihak syarikat pelaburan terbabit sejak lebih setahun lalu.
Kebanyakan mangsa yang meminjam daripada ceti haram (along) dan kemudian melaburkannya semula bersama wang simpanan dalam skim pelaburan menawarkan pulangan dividen 36 peratus setahun itu, berang apabila syarikat terbabit melarikan diri selepas gagal melunaskan bayaran dijanjikan.

Kebanyakan mangsa mendakwa dipermainkan kerana syarikat skim pelaburan emas yang berpangkalan di bandar raya ini, gagal membayar semula ganti rugi pelaburan kira-kira RM411.19 juta daripada 6,740 pelabur seluruh negara.
Ratusan pelabur yang menunggu di hadapan ibu pejabat syarikat pelaburan itu di Jalan Sultan Yusof, di sini, kecewa apabila operasi syarikat itu ditutup dan pengarahnya menghilangkan diri.

Thursday 9 February 2012

Harga emas,minyak naik tahun ini..

Cerita menarik hari ini....Harga emas dan minyak dijangka naik tahun ini ekoran sentimen positif bagi kedua-dua komoditi itu dalam kelembapan ekonomi global.

Ketua Pakar Strategi Pelaburan Pengurusan Kekayaan kumpulan Perbankan Pelanggan Standard Chartered Bank, Steve Brice, berkata, harga emas dijangka mencecah purata AS$1,975 seauns (RM5.93290) pada suku keempat, disebabkan oleh empat faktor.


Kepada sesiapa yang belum membeli emas untuk pelaburan dan simpanan,bertindaklah segera,jangan tunggu harga dah naik..untuk berita selanjutnya,sila baca kat bawah...





Harga emas, minyak naik tahun ini
Wartawan Sinar Harian
9 Februari 2012
Harga emas dan minyak dijangka naik tahun ini ekoran sentimen positif bagi kedua-dua komoditi itu dalam kelembapan ekonomi global.

Ketua Pakar Strategi Pelaburan Pengurusan Kekayaan kumpulan Perbankan Pelanggan Standard Chartered Bank, Steve Brice, berkata, harga emas dijangka mencecah purata AS$1,975 seauns (RM5.93290) pada suku keempat, disebabkan oleh empat faktor.

“Faktor-faktor itu termasuk tahap hutang yang tinggi di Barat; kadar faedah sebenar yang negatif; permintaan tinggi dari China dan India serta bank-bank pusat; dan bekalan terhad logam berharga itu,” katanya.

Menurutnya, keadaan tidak menentu ekonomi global yang berterusan telah merangsang minat pembeli terhadap emas sebagai alternatif perlindungan nilai berbanding pelaburan yang lebih berisiko.

Beliau berkata, harga minyak dijangka meningkat kepada AS$100 (RM300) setong dalam tempoh enam bulan kedua tahun ini ekoran risiko geopolitik di Timur Tengah dan permintaan kukuh pasaran-pasaran baru muncul, terutama China.

“Kami tidak menjangkakan sebarang penurunan harga minyak tahun ini,” katanya.

http://www.sinarharian.com.my/bisnes/harga-emas-minyak-naik-tahun-ini-1.22811

Monday 6 February 2012

Labur emas ikut syariah..

Hari nie saya nak kongsikan satu artikel..saya rasa artikel nie amat penting untuk mereka yang tidak yang baru ingin menceburi pelaburan emas...ok untuk tidak melengahkan masa mari sama-sama kita baca artikel kat bawah nie..


EMAS pada sepanjang zaman dianggap sebagai simbol kekayaan, kemasyhuran dan kecantikan. Dalam sejarah ekonomi Islam, emas merupakan mata wang dan aset simpanan yang baik.

Teks al-Quran dan hadis banyak menjelaskan kepentingan emas dalam kehidupan manusia. Emas dirujuk sebagai mata wang dinar dalam firman-Nya: Dan di antara ahli-ahli kitab, ada orang yang kalau engkau amanahkan dia menyimpan sejumlah besar harta sekalipun, dia akan mengembalikannya (dengan sempurna) kepada kamu dan ada pula di antara mereka, yang kalau engkau amanahkan menyimpan hanya satu dinar sahaja pun, dia tidak akan mengembalikannya kepada kamu, kecuali kalau kamu selalu menuntutnya. (ali-’Imran: 75)

Selain digambarkan sebagai harta kekayaan dalam surah ali-’Imran: 14 dan 91, al-Nisa’: 20, al-Taubah: 34, al-Zukhruf:33-35, al-Quran juga mendedahkan emas akan kekal sebagai barang berharga sehingga hari akhirat seperti dalam surah al-Israk: 93, al-Kahfi: 31, al-Hajj: 23, al-Faathir:33, al-Zukhruf: 53, al-Zukhruf: 71 dan al-Insan: 21.

Selain dijadikan barang kemas, emas juga menyimpan kekayaan yang paling unggul. Ini kerana ia tidak boleh dibinasakan dan tidak hilang nilainya. Malah, nilainya sentiasa meningkat dalam jangka masa panjang.

Ini dibuktikan dengan kenaikan harga emas daripada RM1,740.65/per aun kepada RM5,890.93/per aun, iaitu kenaikan sebanyak 238 peratus harga emas dalam tempoh lima tahun (2006 hingga 2011) atau secara purata kenaikan setahun adalah 48 peratus.

Kebenaran emas sebagai penyimpan nilai yang stabil boleh disaksikan melalui nilainya yang hampir sama sejak zaman Rasulullah SAW hingga sekarang.

Friday 27 January 2012

Buat loan bank untuk beli Emas. Untung ke?




Antara soalan-soalan cepu emas yang saya selalu terima melalui emel ialah:
“Saya berminat nak membeli emas, tapi sekarang modal tak der lagi.
Cammana kalau saya buat loan bank? ok ke?

  
Jawapannya ada di bawah artikel ini...

Untuk orang yang nak buat pinjaman bank, ini jer petuanya…
Pinjaman yang baik ialah pinjaman yang menyebabkan anda menjadi bertambah kaya
Pinjaman yang buruk ialah pinjaman yang menyebabkan anda bertambah miskin.


Mudah kan?
Sebelum anda buat pinjaman bank, cuba buat kira-kira sikit, tanya diri sendiri.
“Adakah aku akan bertambah kaya dengan loan nie? Atau bertambah beban nak bayar installment bulanan?”
Selepas itu baru anda akan sedar bahawa pinjaman ini baik untuk kesihatan kewangan anda atau sebaliknya.
Ok, berbalik pada cerita buat pinjaman untuk membeli emas. Di sini adalah analisis saya berdasarkan data yang sebenar..

Pada April 2009 jika anda buat personal loan Bank Rakyat sebanyak RM10,000 selama 5 tahun maka anda perlu bayar RM227 sebulan bermula Jun 2009 sampai April 2014.
Katakan anda membeli 100gram emas dengan harga RM10777.00 pada april 2009,anda hanya perlu tambah sedikit sahaja RM777.( Rajah diatas )
Dan harga pada hari ini sahaja Jan 2012 harga untuk 100gram tadi ialah RM18916.Bermakna anda telah untung 81% iaitu sebanyak RM8139 dalam tempoh hampir 3 tahun sahaja.
Anda boleh menjual emas tersebut dan membayar kesemua pinjaman anda tadi tanpa perlu menunggu tahun 2014.
Anda juga perlu ingat dalam tempoh 3 tahun tadi anda juga telah membayar sebanyak RM8172..ini bermakna anda akan dapat sebanyak RM9967. Untung kenaikan harga emas + lebihan pinjaman = RM9967.
Anda nampak apa yang saya jelaskan tadi..kesimpulannya memang ada untung dan anda tidak perlu berasa rugi jika membuat pinjaman untuk membeli emas,kerana ianya adalah aset yang ada nilai tambah.

Cuba anda perhatikan..kita tidak akan berasa rugi jika membuat pinjaman untuk membeli handphone,laptop,motorsikal atau kereta,padahal benda tadi akan menjadi susut nilai..tapi disebabkan kehendak manusia ianya tidak berasa rugi…tetapi jika kita hendak membuat pinjaman untuk sesuatu yang ada nilai tambah seperti emas,kita berasa sangat bimbang dan kadang-kala terasa rugi juga…padahal ianya membawa kebaikan dan menjamin kewangan anda dan semua orang tahu yang harga emas semakin hari semakin tinggi harganya.
Sekadar renungan..

Kesimpulannya lagi…
Saya dapat simpulkan bahawa pinjaman bank yang digunakan untuk membeli emas mampu memberikan pulangan yang menarik. So, betullah orang tua-tua cakap. Beli emas nie tak rugi…
Ok, apa tunggu lagi… buat loan bank dan beli emas
Jangan pinjam along dah ler…


Cebisan dari artikel www.jutawanemas.com.

Semangat perlu kuat....

Assalamualaikum..

Semalam 26/1/2012,saya mencuri sedikit masa saya untuk pergi mendengar taklimat di cawangan Public Gold Ipoh disampaikan daripada speaker Azizah (  Master Dealer Public Gold ) atau lebih dikenali dengan panggilan mama.Dah lama saya tidak berpeluang mendengar taklimat yang disediakan oleh Public Gold nie,kerana batasan masa dan waktu,maklum la keja terlibat dengan Oncall.

Apa yang ingin saya sampaikan disini,setelah 2 jam lebih saya mendengar taklimat tersebut,saya rasa lebih semangat untuk saya menjalankan bisnes emas nie..tidak kiralah apa-apa bisnes yang kita lakukan,kita harus selalu menyuntik semangat di dalam diri kita,kerana tanpa semangat yang kental,tidak mungkin kita boleh bertahan dengan bisnes kita ceburi tersebut.Kadang-kadang semangat kita dengan secara perlahan-lahan akan hilang tanpa kita sedari.

Mengikut kata mama ( Speaker Azizah ) tahun ini adalah sesuai untuk pelaburan dengan silver..kenapa bukan emas?

Yang sebenarnya emas dan silver adalah medium yang paling tepat untuk pelaburan tidak kiralah tahun apa-apa pun.Apa yang dimaksudkan oleh mama,pada tahun nie sudah ada tanda-tanda harga silver akan naik kembali setelah jatuh pada paras usd27 dolar segram.Kejatuhan harga silver adalah paras yang terendah sekali.Dan harga silver ini dijangka akan meningkat kepada usd60 dolar segram,harga hari ini ( ketika update artikel ini ) usd33 dolar.Mengikut kajian yang dilakukan silver akan habis pada tahun 2019..betul ke  ?

Silver amat penting dalam sektor industri,setiap barang yang ada disekeliling kita kebanyakkan ada menggunakan silver,ada yang sikit dan ada yang banyak penggunaan silver.Cuba anda perhatikan handphone anda,pasti anda akan terjumpa dengan silverkan..permintaan terhadap silver semakin hari semakin tinggi,walhal komoditi tersebut semakin berkurangan dalam perut bumi.Apabila silver makin kurang,secara tidak langsung harga akan meningkat kerana adanya permintaan yang tinggi terutama dalam sektor industri.Banyak negara maju inginkan silver untuk menjalankan sektor ekonomi mereka,tanpa silver mereka tidak boleh mengeluarkan produk daripada industri mereka.

Saya berharap anda dapat sedikit sebanyak mengenai pentingnya kita menbeli silver.Apa yang pasti ianya adalah salah satu aset anda,permintaan dan penggunaannya sentiasa meningkat dari hari ke hari.

Bagi anda yang tidak mampu untuk membeli emas untuk pelaburan anda boleh menggunakan silver,kerana silver masih rendah harganya untuk hari ini,dibawah nie saya ada letakkan harga dan berat silver..

Last updated 2012-01-27 22:15:37

100GM            RM428
250GM            RM1067
500GM            RM2125
1KG                RM4233


nie la silvernya...murahkan harga kat atas 2..cuba anda kira jika harga silver naik kepada usd60 dolar segram,silver yang anda beli sekarang ini akan memberi keuntungan kepada anda hampir sebanyak 100%..contoh  anda membeli 1KG x 1 silver yang berharga RM4233 pada hari ini..dijangka pada hujung tahun ini silver yang beli tadi telah menjadi kepada RM8466 x 1KG silver..anda telah untung sebanyak RM4233 la..itu baru 1KG,,kalau anda membeli 10KG ?..


Kat atas nie ada graf silver untuk kajian anda..

Jika berminat boleh hubungi saya di talian 012-4344298..

Thursday 19 January 2012

Harga emas dijangka mencecah AS$160 ( RM503 ) segram menjelang 2020..

STANDARD Chartered Bank mengunjurkan harga emas bakal mencecah AS$5,000 seauns atau kira-kira AS$160 (RM503) satu gram menjelang 2020, disokong permintaan kukuh dari China dan India.

Ketua Penyelidik Global Komoditinya, Hsi Han Pin berkata ada kaitan ketara antara pendapatan isi rumah di China dan India dengan harga emas kerana sebarang peningkatan pendapatan boleh guna di dua negara pembeli emas utama dunia itu akan mendorong peningkatan permintaan bagi logam berharga berkenaan. 

Beliau berkata, langkah bank pusat seluruh dunia mengumpul emas bagi mempelbagaikan rizab masing-masing juga membantu melonjakkan harga logam berharga itu untuk terus kekal tinggi.
“Kebimbangan terhadap krisis hutang Eropah dan pertumbuhan perlahan ekonomi Amerika Syarikat (AS) akan terus menggalakkan pelabur dan bank pusat membeli emas,” katanya pada siri taklimat penyelidikan global 2012 di Kuala Lumpur semalam.

Hsi menambah, harga emas juga akan disokong persekitaran kadar faedah sebenar yang negatif apabila banyak bank pusat dijangkakan menurunkan kadar faedah atau mengekalkannya pada paras terendah untuk menyokong pertumbuhan ekonomi negara masing-masing.

Sepanjang 2011, harga emas meningkat 10 peratus dengan mencecah paras tertinggi dalam sejarah pada AS$1,920.30 seauns atau AS$61 (RM194) satu gram September lalu berikutan kebimbangan krisis hutang di Eropah dan pertumbuhan perlahan ekonomi AS.

Sunday 15 January 2012

Emas kini pelaburan pilihan...




WILAYAH PERSEKUTUAN Persatuan-Persatuan Perniagaan Emas dan Permata Malaysia (FGJAM) yakin akan terus menikmati pertumbuhan dua digit menjelang akhir tahun ini sama seperti dinikmati pada 2011.

Presidennya, Ng Yih Pyng berkata, emas tidak lagi terhad sebagai barangan perhiasan sebaliknya menjadi medium pelaburan jangka panjang yang lebih menjamin.

“Emas semakin mendapat perhatian di kalangan pengguna namun bukan sebagai produk perhiasan sebaliknya sebagai medium pelaburan khususnya dalam bentuk jongkong dan kepingan.

“Malah, kami melihat trend ini akan berterusan yang dijangka memberi sumbangan memberangsangkan kepada industri,” katanya di Petaling Jaya, baru-baru ini.


Menurutnya, rekod penjualan emas sehingga September 2011 mencatatkan pertumbuhan dua digit walaupun harga emas meningkat sehingga RM200 satu gram.




“Maka, sekarang adalah waktu terbaik untuk membeli emas kerana harganya mungkin meningkat pada masa depan yang seterusnya boleh memberi pulangan terbaik kepada pengguna,” katanya

Boleh call lombong emas untuk membeli emas atau ingin bertanya tentang emas..012-4344298






 

Buruan emas..emas dijangka habis dalam tempoh 30 tahun..betul ke ?

Pada kadar semasa, simpanan emas dunia dijangka habis dalam tempoh 30 tahun akan datang.
Hakikat itu memang disedari syarikat perlombongan dan mereka kini mula mencari lokasi baru yang berpotensi.

Penganalisis kanan Thomson Reuters GFMS, Will Tankard, berkata kebanyakan simpanan emas yang mudah ditemui kini habis diteroka.

Pada suku pertama 2011, lebih RM50 trilion emas didagangkan di London, dan secara purata, RM752 bilion emas dijual beli setiap hari.

Harian Metro Ahad  Berita selanjutnya...

Saturday 14 January 2012

Kenapa harga emas akan terus meningkat?

a) Polisi kewangan US yang membawa kepada inflasi, polisi fiskal US yang tidak rasional, hutang US yang tinggi dan kejatuhan nilai dolar kesemuanya menyumbang kepada meningkatnya inflasi di US. Meningkatnya inflasi membawa kepada meningkatnya harga emas.

Hutang terkini US ialah USD14.311 trillion dan siling hutang US ialah USD14.294 trillion. Ini bermakna hutang kerajaan US sudah pun melebihi had yang dibenarkan. US sebenarnya sudah bankrap!!!!. Tapi kenapa US belum lagi diisytiharkan bankrap?!! Ini kerana, jumlah yang dikira layak untuk diisytiharkan bankrap ialah jumlah hutang sebenar ( public debt ) sehingga hari ini berjumlah USD 14.24 trillion.

Menurut Geithner, Setiausaha Kewangan US, US mempunyai beberapa langkah yang boleh dilaksanakan untuk mengelakkan negara itu daripada bankrap sehingga 8 Julai 2011. Sekiranya langkah-langkah tersebut gagal, US akan menggunakan senjatanya yang  terakhir iaitu dengan meningkatkan lagi siling hutang.Ini secara tidak langsung akan menyebabkan harga emas dan perak melonjak tinggi.
Peningkatan hutang adalah secara parabolik.Tidak hairanlah sekiranya harga emas dan perak juga akan meningkat secara parabolik.

b) Tidak ada jalan penyelesaian yang mudah atau cepat di dalam krisis ekonomi negara-negara Eropah.

c) Minat orang di negara China terhadap perhiasan dan pelaburan emas semakin meningkat dan keadaan ini akan berterusan dengan berkembangnya ekonomi, peningkatan kadar pendapatan individu, kebimbangan terhadap inflasi dan juga polisi kerajaan China yang menggalakkan rakyatnya membeli emas.

d) Meningkatnya keperluan emas jangkamasa panjang di India dan China.

e) Meningkatnya minat bank-bank pusat dunia terhadap emas sebagai simpanan berbanding dollar US.

f) Pengeluaran emas dari lombong yang sedikit ataupun statik untuk jangkamasa 5 tahun mendatang. Negara-negara pengeluar emas seperti China dan Russia menyerap lebih banyak hasil pengeluaran emas mereka berbanding tahun sebelumnya untuk memenuhi keperluan dalam negara.

g) Harga emas dan perak masih rendah berbanding dengan harga sebenar berdasarkan inflasi. Sebagaimana yang diterangkan di atas harga emas USD2300 paling rendah dan perak USD150. Oleh itu, harga kedua-dua komoditi tersebut masih mempunyai potensi untuk naik sehingga harga tersebut. Sekiranya US mencetak sekali lagi duit dollar pada tahun ini, nescaya harga emas dan perak berdasarkan inflasi akan meningkat lagi.

Jumlah peratusan keuntungan masih jauh. Berbanding dahulu hutang negara US hanyalah lebih kurang 1.5 trillion dan kuasa membeli dollar US adalah 10 kali ganda lebih besar daripada sekarang. Jadi emas dan perak masih  mempunyai potensi yang cukup besar untuk sampai ke kemuncak harga yang lebih tinggi.

Public Gold memenangi The BrandLaureate – SMEs Chapter Awards

Salam sejahtera  Pembaca sekelaian,

Public Gold sekali lagi telah di iktiraf di peringkat antarabangsa apabila memenangi The BrandLaureate – 2011 SMEs Best Brands in Corporate Branding: SERVICES – Physical Gold Trading.

Emas Public Gold : BRAND pilihan ANDA

Berita baik untuk pelabur, peniaga-peniaga, orang baru, yang baru belajar ataupun skeptis dalam emas fizikal & perak!!

Terfikirkah anda di mana anda boleh mencari sebuah syarikat yang boleh dipercayai untuk associate  membeli dan menjual logam berharga dalam industri  ?

Masih mencari-cari lagi!



 Jaminan Ultimate anda: Jenama Perkidmatan terbaik mengatakan segala-galanya!
The Brand Laureate telah menobatkan Public Gold 2011 SMEs Best Brands (Jenama Terbaik dalam Penjenamaan Korporat: PERKHIDMATAN – Fizikal Gold Trading
Public Gold International Sdn Bhd telah di tubuhkan sejak tahun 2008 dan sekali lagi anugerah tertinggi di menangi bagi syarikat pengeluar  logam berharga yang pertama di Malaysia.
Saya founder www.lombongemas24k.blogspot.com berbangga associate dengan syarikat Public Gold  (PG) sebagai platform dagangan emas.
       Tahniah kepada founder Public Gold, Dato ‘Ng Louis dan pengurusan pasukannya, kerja yang dilakukan dengan baik! Sudah tiba masanya orang awam berhak yang terbaik. Lupakan syarikat penipuan atau syarikat-syarikat yang cuba untuk menarik pelanggan-pelanggan dengan harga yang paling murah atau skim cepat kaya. Saya berseru sama-sama membeli dan menyimpan emas yg berjenama dan establish ini: Ikon dalam perdagangan logam berharga.

Sunday 8 January 2012

Harga emas dijangka naik RM5,662 seauns

HARGA emas dijangka kekal di paras tinggi tahun ini apabila bank pusat global dijangka akan terus membeli logam berharga itu yang dianggap selamat ketika keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu, kata OCBC Bank.

Ia berkata, komoditi itu kemungkinan meningkat naik kepada AS$1,800 (RM5,662) seauns menjelang akhir tahun apabila bank-bank pusat mengumpul emas bagi mempelbagaikan rizab masing-masing.

Dalam laporan penyelidikan Prospek Komoditi 2012 bank itu, OCBC berkata, pembelian emas yang dibuat oleh bank-bank pusat tahun lalu adalah tujuh kali lebih tinggi berbanding 2010.
Langkah itu menyebabkan berlaku aliran peningkatan bagi logam berharga itu apabila jongkong emas dianggap sebagai penyimpanan nilai bagi pelabur dan pihak berkuasa global.

“Kini, kami melihat harga emas semasa sekitar AS$1,600 seaun sebagai agak wajar,” kata bank itu.

Emas, katanya, telah mencatatkan prestasi cemerlang, meningkat hampir 20 peratus, bagi gabungan kadar pertumbuhan tahunan, bagi tempoh 10 tahun lalu.

OCBC percaya aliran itu akan berterusan tahun ini kerana kenaikan harga emas didorong oleh persekitaran kadar faedah sebenar negatif apabila bank-bank pusat dijangka menurunkan kadar faedah atau mengekalkannya pada paras terendah untuk menyokong pertumbuhan.
Buat masa ini, emas masih dicadangkan sebagai komoditi yang selamat, kata bank itu.

Memetik kaji selidik Bloomberg baru-baru ini, bank itu berkata daripada 26 peniaga, 70 peratus masih yakin dengan kedudukan harga emas yang tinggi disebabkan keperluan untuk melindungi aset. – BERNAMA .. link artikel Berita Harian

1. Nak tengok harga emas di Public Gold? klik di sini.. 

2. Nak Order? Sms maklumat berikut :
  • Nama Penuh
  • No IC
  • Alamat Emel
  • Alamat Tempat Tinggal
  • Cawangan Pengambilan
  • No Hp
  • Jenis Emas dan Harga Semasa

3. Hantar ke no 012-4344298.: )