Friday 27 January 2012

Semangat perlu kuat....

Assalamualaikum..

Semalam 26/1/2012,saya mencuri sedikit masa saya untuk pergi mendengar taklimat di cawangan Public Gold Ipoh disampaikan daripada speaker Azizah (  Master Dealer Public Gold ) atau lebih dikenali dengan panggilan mama.Dah lama saya tidak berpeluang mendengar taklimat yang disediakan oleh Public Gold nie,kerana batasan masa dan waktu,maklum la keja terlibat dengan Oncall.

Apa yang ingin saya sampaikan disini,setelah 2 jam lebih saya mendengar taklimat tersebut,saya rasa lebih semangat untuk saya menjalankan bisnes emas nie..tidak kiralah apa-apa bisnes yang kita lakukan,kita harus selalu menyuntik semangat di dalam diri kita,kerana tanpa semangat yang kental,tidak mungkin kita boleh bertahan dengan bisnes kita ceburi tersebut.Kadang-kadang semangat kita dengan secara perlahan-lahan akan hilang tanpa kita sedari.

Mengikut kata mama ( Speaker Azizah ) tahun ini adalah sesuai untuk pelaburan dengan silver..kenapa bukan emas?

Yang sebenarnya emas dan silver adalah medium yang paling tepat untuk pelaburan tidak kiralah tahun apa-apa pun.Apa yang dimaksudkan oleh mama,pada tahun nie sudah ada tanda-tanda harga silver akan naik kembali setelah jatuh pada paras usd27 dolar segram.Kejatuhan harga silver adalah paras yang terendah sekali.Dan harga silver ini dijangka akan meningkat kepada usd60 dolar segram,harga hari ini ( ketika update artikel ini ) usd33 dolar.Mengikut kajian yang dilakukan silver akan habis pada tahun 2019..betul ke  ?

Silver amat penting dalam sektor industri,setiap barang yang ada disekeliling kita kebanyakkan ada menggunakan silver,ada yang sikit dan ada yang banyak penggunaan silver.Cuba anda perhatikan handphone anda,pasti anda akan terjumpa dengan silverkan..permintaan terhadap silver semakin hari semakin tinggi,walhal komoditi tersebut semakin berkurangan dalam perut bumi.Apabila silver makin kurang,secara tidak langsung harga akan meningkat kerana adanya permintaan yang tinggi terutama dalam sektor industri.Banyak negara maju inginkan silver untuk menjalankan sektor ekonomi mereka,tanpa silver mereka tidak boleh mengeluarkan produk daripada industri mereka.

Saya berharap anda dapat sedikit sebanyak mengenai pentingnya kita menbeli silver.Apa yang pasti ianya adalah salah satu aset anda,permintaan dan penggunaannya sentiasa meningkat dari hari ke hari.

Bagi anda yang tidak mampu untuk membeli emas untuk pelaburan anda boleh menggunakan silver,kerana silver masih rendah harganya untuk hari ini,dibawah nie saya ada letakkan harga dan berat silver..

Last updated 2012-01-27 22:15:37

100GM            RM428
250GM            RM1067
500GM            RM2125
1KG                RM4233


nie la silvernya...murahkan harga kat atas 2..cuba anda kira jika harga silver naik kepada usd60 dolar segram,silver yang anda beli sekarang ini akan memberi keuntungan kepada anda hampir sebanyak 100%..contoh  anda membeli 1KG x 1 silver yang berharga RM4233 pada hari ini..dijangka pada hujung tahun ini silver yang beli tadi telah menjadi kepada RM8466 x 1KG silver..anda telah untung sebanyak RM4233 la..itu baru 1KG,,kalau anda membeli 10KG ?..


Kat atas nie ada graf silver untuk kajian anda..

Jika berminat boleh hubungi saya di talian 012-4344298..

No comments:

Post a Comment