Thursday 8 December 2011

Takut hendak beli emas sebab harga tidak menentu.?






       Pada januari 31,2011 lalu, saya memantau harga emas. Apa akan jadi agaknya kalau harga emas terus turun?
Adakah mereka yang melabur dalam emas akan kehilangan sebahagian besar nilai pelaburan mereka?

Atau ianya perkara yang berlaku dalam pasaran emas? Harga emas pada masa itu meningkat $5.20, atau RM15.89.

Tapi dalam 30 hari sebelum itu, ianya menurun sebanyak 4.39%. Jadi patutkah anda membeli emas dengan keadaan sebegitu?

Emas ialah "safe haven" atau tempat selamat pelaburan.

Apabila anda melabur dalam emas, anda bukan melabur untuk peningkatan masa pendek tapi jangka masa panjang.Dengan kata lain, sesuatu dalam jangka masa setahun dan ke atas.Lagi lama, lagi baik.

Kadang-kala harga emas juga meningkat mendadak kerana aktiviti-aktiviti geopolitik di Asia Barat dan tempat-tempat lain yang menyebabkan harga emas naik.Dan itu ialah tiket loteri anda. Jika anda nak jual untuk mendapatkan keuntungan pada waktu itu,anda boleh beli pada masa itu.

Tapi jika anda pegang pelaburan anda itu dan Nampak ada peningkatan harga sebab ada banyak konflik berlaku,anda boleh jual balik.

Yang penting ialah kenapa orang beli emas.

Berikut beberapa pointer yang anda boleh ikut bila anda boleh beli atau jual emas.

- Lagi banyak masalah kewangan, lagi banyak masalah politik berlaku (terutama sekali di Asia Barat dan negara-negara pengeluar emas), lagi tinggi emas.

- Jika anda mendengar kemelesetan ekonomi, atau inflasi SILA beli emas! Harga emas akan naik mengikut berapa cemasnya orang tentang masa depan mereka.

Jika lagi serius orang cakap, lagi patut anda beli.

(Jual bila anda betul-betul perlukan duit itu sahaja!)

- Emas masih lagi dalam bull market. Untuk 8 tahun berturut-turut.

Biar saya ambil harga daripada hari terakhir trading untuk 8 tahun sebelum ni.



* Data diambil daripada Kitco.com:

Disember 31, 2002 - 342.75
Disember 31, 2003 - 417.25
Disember 31, 2004 - 435.60
Disember 30, 2005 - 513.00
Disember 29, 2006 - 635.70
Disember 31, 2007 - 836.50
Disember 31, 2008 - 865.00
Disember 31, 2009 - 1104.00
Disember 31, 2010 - 1410.25
Januari 28, 2011 - 1319.00
Ogos 21,2011 - 1884

Pada awal tahun biasanya orang mengambil untung. Anda juga boleh melakukannya pada tahun hadapan.

Mungkin 20%, mungkin lebih.

Labur tahun ini, duit tahun hadapan. Anda boleh juga tunggu untuk 6 bulan sahaja sebelum menjualnya.

Pendek kata beli, simpan ( 6 bulan atau 1 tahun ) dan jual ( nikmati keuntungan anda )

Di dalam ebook Rahsia Emas Dan Perak ada menerangkan tentang emas dan perak,sila klik link di bawah atau banner di atas. 

http://www.rahsiaemasdanperak.com/hop.php?ref=lombongemas

No comments:

Post a Comment