Tuesday 15 November 2011

Jual Dinar emas untuk berniaga...

      Agak menarik apabila saya terbaca satu kisah,sepasang suami isteri yang ingin memulakan perniagaan nangka madu dengan hanya menjual 2 keping dinar untuk dijadikan modal perniagaan beliau.Selepas 5 bulan perniagaan mereka telah berkembang dan menambah satu lagi cawangan gerai di kawasan tersebut.


      Dengan cara tersebut mereka tidak perlu membuat pinjaman bank,atau dalam erti kata lain tidak perlu menanggung hutang.Mereka telah menggunakan aset mereka iaitu emas dengan cara berhemah atau bijaksana.Dengan hanya 2 keping dinar emas mereka mampu memiliki sebuah perniagaan walaupun secara kecil-kecilan.

    Berapa ramai kita yang terfikir untuk membuat cara seperti mereka.Kebanyakkan kita lebih selesa dengan makan gaji,ada slip gaji boleh buat pinjaman peribadi.Selepas itu guna duit pinjaman tersebut dengan tidak berhemah seperti  membeli handphone,gajet yang terkini di pasaran,berbelanja seperti orang kaya.Bila duit pinjaman habis baru sedar yang kita tidak membuat simpanan  langsung.Sepatutnya kita kena membeli aset,seperti emas.Benda logam yang mempunyai nilai yang semakin tinggi bukan membeli benda yang akan susut nilai.

    Secara peribadi saya rasa bersemangat apabila membaca artikel tersebut.Saya juga mempunyai impian dan harapan semoga simpanan emas saya ini,akan dijadikan modal untuk memiliki sebuah perniagaan sendiri suatu hari nanti.Impian saya ingin membuka sebuah perniagaan berkaitan barangan atau perkakasan bayi dan kanak-kanak.

  Jadi saya telah mengambil langkah permulaan ini dengan membeli emas dan simpan,apa yang pasti harga emas sentiasa ada peningkatandan mampu menjadikan ianya sebagai modal perniagaan saya nanti.
Untuk anda yang ingin membaca artikel suami isteri tersebut sila klik di Jutawangold.com .

No comments:

Post a Comment