Monday 14 November 2011

BAGAIMANA HENDAK MULA SIMPAN ATAU MELABUR DENGAN EMAS.

 
Bagaimana kita nak mula simpan atau buat pelaburan emas ini?

Soalan yang sering saya terima kerana ramai yang berminat  ingin tahu macamna hendak memulakan pelaburan emas ini.

First sekali kita kena pasang dan kuatkan  niat kita dulu,untuk apa kita beli emas ini,adakah kerana trend masa kini,atau kerana ramai kawan-kawan yang dah mula beli  emas,so kita pun beli,atau niat anda sekadar mencuba.

        Apa yang penting kita mesti ada matlamat,mengapa kita harus membeli emas..jika anda ada matlamat yang kukuh dan pasti,anda tidak akan ragu-ragu  atau takut untuk membeli emas ini,kerana emas sebagai komoditi  dan sudah tentu harga emas akan ada turun dan naik.Tetapi untuk jangka masa panjang ia pasti akan meningkat.

        Semua sedia maklum emas mempunyai nilai yang tinggi,tidak dimakan inflasi dan sejak dari zaman dahulu kala lagi emas diangkat martabatnya,jadi tidak perlu takut atau bimbang untuk membeli emas..
           Semua pelaburan bermula dengan modal.Oleh itu kita kena pastikan berapa modal yang kita ada,atau berapa yang sanggup kita jadikan modal ( fahamkan ).
               Cara mudah bagi saya adalah,kita bermula dengan modal yang kita mampu atau pun kecil-kecilan dengan kata-kata “A thousand journey begins with a first step”,kita boleh mula membeli dengan 10gm atau 20gm emas public gold,paling tidak pun dengan 1 dinar emas Public dinar.

                Cuba beli dulu,saya yakin anda akan alami daya tarikan emas ini lama kelamaan emas yang sikit akan menjadi banyak,kerana anda mula timbul kesedaran untuk menambah stok emas anda.
                Percayalah sifat mula berjimat dan menabung akan berada di dalam diri anda.Apa yang anda fikirkan ketika itu hanyalah ingin menambah emas anda sahaja.Setelah emas anda banyak,saya juga ingin ingatkan anda,kita jangan lupa berzakat.Insyaallah dengan berzakat ini akan menambahkan dan melapangkan rezeki kita semua.Bukan apa takut terkena pula penyakit kedekut,dah jadi macam Qarun..
Boleh call saya di..012-4344298 atau emailkan kepada faizppp@yahoo.com.my

No comments:

Post a Comment