Tuesday 6 December 2011

Masa yang sesuai untuk membeli emas.

    Harga emas pada hari ini menunjukkan trend menurun setelah mendaki ke paras $1749 US dolar seauns.Untuk masa kini adalah amat sesuai kepada mereka yang bercadang atau ingin menceburi bidang pelaburan emas,kerana harga sekarang boleh dikatakan berada pada paras yang rendah daripada tarikh 30.11.2011.

   Harga hari ini boleh dikatakan harga mampu miliki untuk anda yang ingin memiliki emas.Jika anda terus menunggu untuk mendapatkan harga lebih rendah,saya bimbang silap-silap hari bulan harga
terus melonjak pada awal tahun hadapan.
   Bagi anda yang memiliki kewangan yang lebih,bolehlah anda membeli stok pertama anda sebagai permulaan.Beli
dulu baru tunggu harga jatuh atau naik.Jika harga terus naik anda tidak rugi kerana anda telah membeli pada harga yang boleh dikatakan rendah.Tapi bagaimana jika harga terus menurun ?..Anda tidak perlu bimbang,kerana pelaburan emas adalah sesuatu pelaburan jangka panjang.Maksudnya,harga pasti akan naik untuk dimasa hadapan,walaupun kadang kala graf menunjukkan turun
naik.

     Cuba anda lihat gambar rajah disebelah,10 tahun lepas,harga emas terus menunjukkan trend mendaki,mandaki,mendaki dan terus menaik.Adakah anda masih memikirkan ianya satu kerugian jika anda membeli emas pada 10 tahun lepas...
    Fikir-fikirkanlah...

No comments:

Post a Comment