Monday 28 November 2011

TEKNIK LEVERAGING & COMPOUNDING ( sambungan )





Katakan pula jika anda menggunakan konsep Leveraging & Compounding
mengikut perkiraan berikut :

1- Beli emas RM 100k
pajak dapat RM 70k

2- Beli lagi emas RM 70k
pajak dapat RM 49k

Cukup sampai setakat itu sahaja, baki di tangan RM 49k
standby untuk bayaran upah simpan selama 4 tahun (Jika kadar upah 0.6%). 

Jadi sekarang nilai emas anda adalah sebanyak RM 170k
dan anggarkan dalam "Worst Case Scenario", iaitu kenaikan tahunan hanya 15% sahaja.

Tahun 1 - RM 170,000 x 15% = RM 25,500 (Nilai emas anda telah menjadi RM 195,500)
Tahun 2 - RM 195,500 x 15% = RM 29,325 (Nilai emas anda telah menjadi RM 224,825)
Tahun 3 - RM 224,825 x 15% = RM 33,723 (Nilai emas anda telah menjadi RM 258,548)
Tahun 4 - RM 258,548 x 15% = RM 38,782 (Nilai emas anda telah menjadi RM 297,330)

Cari pembeli dan jualkan emas anda sekadar untuk menebus semua emas dengan membayar semula pinjaman sebanyak RM 119,000 dari Ar-Rahnu (RM 70,000 + RM 49,000). 

Setelah anda membayar semula RM 119,000 kepada Ar-Rahnu, kini nilai bersih emas di tangan anda ialah sebanyak RM 178,330.00!!!!

Untuk langkah seterusnya anda boleh pilih samaada :

a) Pajakkan semula dan gunakan tunai hasil pajakan itu untuk menjelaskan
pinjaman modal RM 100k kepada bank.

---->> Kelebihannya - anda masih mempunyai emas bernilai RM 178,330.00
---->> Kekurangannya - anda perlu merancang semula bagaimana mahu membayar upah simpan


b) Jualkan emas yang bernilai RM 100k dan jelaskan kesemua hutang modal anda kepada bank.

---->> Kelebihannya - anda mempunyai aset emas bersih bernilai RM 78,330.00 secara percuma.
---->> Kekurangannya - anda kehilangan peluang menggandakan nilai pelaburan anda kepada jumlah yang    lebih besar.

Jika dikira secara logik, 15% x 4 tahun = 60%, jadi sepatutnya pada tahun ke-4
nilai emas anda hanyalah RM 160,000.00 sahaja.

Tapi jika anda mengurusnya secara bijak menggunakan konsep Leveraging & Compounding, % pulangan yang anda perolehi pada tahun ke-4 mencecah 197.33%, sekaligus menjadikan nilai pelaburan anda pada ketika itu menjadi RM 297,330.00!!!

Ini hanya dalam tempoh 4 tahun dan pengiraannya adalah berdasarkan keadaan "Worst Case Scenario", bagaimana jika dalam keadaan "Good Market Scenario" seperti keadaan sekarang ini?

Agak2 berapa profit margin selama tempoh 4 tahun itu?

Saya fikir anda sendiri boleh mempertimbangkan sama ada berbaloi atau tidak jika membuat pinjaman untuk pelaburan emas fizikal!!

http://www.rahsiaemasdanperak.com/hop.php?ref=lombongemas

No comments:

Post a Comment