Thursday 24 November 2011

Unit trust VS Emas




  Hari ini saya ingin bercakap tentang unit trust dan emas.Unit trust bagi saya ialah touchy subject kerana ada ramai yang bersumpah tentang kebaikan unit trust berbanding semua pelaburan lain. Tapi sebelum kita pergi lebih dalam, saya ingin terangkan dengan ringkas apa itu unit trust.

       Unit trust ialah nama lain untuk pelaburan kolektif di mana organisasi akan mengambil pelaburan anda  dan melaburkannya untuk anda. Anda dan organisasi tersebut tertakluk kepada perjanjian yaang dibuat.Setiap unit trust mempunyai objektif pelaburan masing-masing.Ada yang melabur dalam teknologi hijau. Ada yang melaburdalam perlancongan dan ada yang melabur dalam perlombongan.

      Setiap unit trust mempunyai prestasi yang berbeza dan itu yang saya kurang minat tentang unit trust. Kita perlu memilih unit trust yang paling bagus dalam melaburkan duit kita kalau tidak kita yang akan rugi. Selalunya orang akan melabur duit sedikit demi sedikit ke dalamnya untuk meminimumkan risiko tapi ada yang suka melabur "lump sum". Saya tak rekomen sesiapa pun labur sekali gus kecuali
yakin tentang keadaan pasaran dan pelaburan yang dibuat.

- * - * - * - * -

Terbaca komen menarik mengenai unit trust a.ka
mutual fund

- * - * - * - * -

     Saya ada membaca satu komen di blog kewangan tentang pengalamannya melabur dalam unit trust.
B.C melabur ke dalam unit trust dengan membeli unit trust daripada Public Mutual dan ING pada harga RM100,000. Tapi setelah melabur selama 3 tahun 6 bulan,dia akhirnya bengang dengan prestasi unit trust tersebut.Dia menebus kembali duitnya untuk mendapat RM87 ribu kembali. Dia hilang RM17 ribu untuk pelaburan tersebut.

      Tidak semua unit trust kehilangan nilai semasa kejatuhan ekonomi. Tapi masalahnya terlalu banyak unit trust dan setiap unit trust mempunyai objektif yang menarik. Hampir semuanya memberi "jaminan" dalam pelaburan. Tapi kita tahu tidak ada perkara dalam dunia ini tanpa risiko, termasuklah unit trust.

      Bayangkan kalau B.C. melaburkan wang tersebut dalam emas. Daripada lesap RM17 ribu, dia boleh mendapat, daripada 2008 sampai 2010, lebih kurang 4.31% + 25.04% + 20.9% = 50.9% peningkatan atau lebih kurang RM50,900.Perbezaan melampau ketara ini kerana unit trust meletakkan pelaburannya ke dalam banyak tempat danpasti ada yang untung DAN rugi.

     Emas pula? Permintaan emas sedang naik sekarang ini dan tidak akan berhenti sehingga 2014. (Jika China tidak menjumpai sumber emas baru pada tahun itu,China terpaksa bergantung kepada pengimportan emas untuk memenuhi semua keperluan emasnya)

    I rest my case here. Bagi saya walaupun unit trust boleh menawarkan peratus lebih baik, tapi amat susah untuk mengetahui yang mana satu terbaik. Sebaliknya emas, masih lagi mempunyai peningkatan permintaan.

    Dan secara umumnya, lagi banyak negara pulih ekonominya, lagi banyak emas yang akan dibeli kerana mahu mengelakkan inflasi ekonomi berlaku.
Apa pun ini semua berada dib tangan anda,anda sahaja yag boleh membuat keputusan,saya hanya memberi maklumat untuk anda membuat pilihan.

catatan daripada www.rahsiagold.com.

No comments:

Post a Comment